Thursday, 29 September 2016

Potensi Dari Kurniaan Tuhan

Saya amat bersyukur kerana dapat menghirup udara segar sambil menikmati segala ciptaan Tuhan pada hari ini. Kebanyakkan orang akan bersyukur kepada ibu bapa atau Tuhan kerana mengurniakan setiap pagi yang mulia tetapi saya rasa bersyukur yang amat kepada sahabat yang telah menggadaikan nyawanya supaya saya dapat menikmati ciptaan Tuhan yang tidak terhingga.
Pada suatu petang, kami bertungkus-lumus menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu supaya dapat memperoleh markah yang baik dalam keputusan semester 2 STPM. Malangnya, kawanku Jivitha tertinggal kertas kerja dan terpaksa balik ke rumah untuk mendapatkannya. Jadi saya menawarkan diri untuk mengambil kertas tersebut kerana saya mempunyai lesen untuk menunggang motorsikal tetapi dia berdegil untuk mendapatkan kertas itu walaupun kita melarangnya . Jivitha membonceng bersama seorang sahabat yang tinggal di kawasan yang sama Namun, rakannya berasa tidak sedap hati untuk menunggang bersama Jivitha.
Tiba-tiba, sebuah bas Rapid merempuh mereka dari belakang di sebatang jalan yang sesak menuju ke rumahnya. Setelah menerima panggilan telefon, saya bergegas ke tempat kejadian iaitu 2km dari sekolah. Beg sekolah dan bukunya bertaburan di jalan raya. Saya mendaakap Jivitha dengan erat sekali.. Dia mengalami pendarahan di telinga dan tulang tangan, kaki leher dan pinggang telah patah. Dia mengehembuskan nafas terakhir di pangkuan saya. Kalau bukan Jivitha,, mangsa kejadian adalah diri saya sendiri.
Saya tidak dapat menerima kenyataan bagi sekian lama dan ia telah menjejaskan prestasi saya bagi semester 2. Hubungan akrab kami selama 3 tahun itu telah menyebabkan saya agak susah bagi meneruskan perjalanan hidup yang sunyi sepi. Setelah mendapatkan nasihat daripada para cikgu dan ahli keluarga, saya mula menyesuaikan diri dengan suasana yang agak baru, akan tetapi sehingga hari ini, saya tidak dapat bergaul mesra dengan semua orang, jadi saya hanya mempunyai seorang dua teman.
Saya masih menyimpan barang milik arwah seperti buku dan baju yang berlumuran darah sebagai kenangan. Saya percaya bahawa Tuhan pasti mempunyai rancangan yang khas bagi saya dan saya berharap untuk menggunakan peluang ini dengan baik sekali. Pengorbanan arwah tidak akan mejadi sia-sia dan saya akan memastikannya bangga dengan diriku.

No comments:

Post a Comment