Kuala Lumpur- Di Malaysia, kanak-kanak mahupun remaja tidak berpeluang untuk merealisasikan impian mereka iaitu untuk mempelajari seni muzik. Hal ini adalah kerana jumlah pusat muzik yang amat terhad. En. Appu Krishna Dass, yang merupakan artis terkenal tanah air, tampil ke hadapan bagi menangani masalah ini.
Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman dalam bidang muzik. Pada masa yang sama, beliau juga mempunyai harapan yang tinggi menggunung bahawa remaja kini perlu menguasai kemahiran dalam bidang selain pendidikan seperti muzik. Beliau telah lama bercita-cita untuk menyumbang bantuan kepada kanak-kanak; akan tetapi nasib malang sentiasa menghimpit beliau. Walaubagaimanapun, setelah berkongsi perkara ini bersama sahabat handainya, ramai orang maju untuk membantu dengan memberi sumbangan dari segi wang ringgit.
Kini, majlis pelancaran Sekolah Muzik A.D.R berlangsung dengan lancar hasil kerjasama daripada semua pihak. Pada masa yang sama, majlis ini dimeriahkan lagi oleh artis terkenal seperti pemain keyboard, drum, gitar serta seruling bersama dengan para penyanyi yang terkenal di seluruh Malaysia. Tambahan itu, jamuan makan malam turut disediakan.
Lagu-lagu 60-an, 70-an dan 80-an turut didendangkan. Barisan penyanyi yang akan turut menghadiri majlis pelancaran ini adalah T.M.S Guna , Bharathi Kannan, Meghanathan, S.M Muthu, K.V Suthan, Ragunathan, Vasanthi, Karsen, Jescintha, Ambiga, Nalini serta Cecilina.
Majlis pelancaran Sekolah Muzik A.D.R ini akan berlangsung di dewan auditorium K.R. Soma di Kuala Lumpur pada 7.30p.m